Idea Islah Sayid_Jamaluddin_Asadabadi

Bentuk Islah

Islah (Bahasa Arab: إصلاح) berasal dari kata kerja Aslaha (Bahasa Arab: أصلح) yang bermaksud pembaikan. Islah bermaksud pembaikan atau perubahan terancang ke arah yang lebih baik.

Bentuk-bentuk Islah yang dibawa oleh Sayyid Jamaluddin al-Afghani ialah:

  1. Idea Islah berupa usaha untuk mengembalikan kecemerlangan umat Islam sebagaimana zaman Khulafa al-Rasyidin
  2. Membina perpaduan tanpa mengira bangsa dan budaya melalui gagasan beliau iaitu al-Jamiah Al-Islamiah.
  3. Mengkritik taklid Al-A’ma (Bahasa Arab: تقليد الأعمى yang bermaksud mengikut sesuatu secara membabi buta) berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.
  4. Menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran Islam yang tulen serta sesuai dilaksanakan sepanjang masa dan tempat.
  5. Menyedarkan umat Islam tentang keburukan fanatik kepada sesuatu mazhab yang membawa kepada pepecahan umat Islam sendiri.
  6. Berpendapat agar umat Islam menumpukan perhatian kepada usaha-usaha memerdekakan tanah air dan pemikiran mereka dari penjajah.

Kesan

  1. Idea beliau disambung oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Muhammad Rasyid Redha.
  2. Gerakan Islah dari Asia Barat lebih besar dari gerakan Islah dari India yang dibawa oleh Syah Waliyyullah Al-Dahlawi
  3. Di Malaysia, gerakan islah dikembangkan oleh siswazah-siswazah dari universiti di Mesir dan Mekah seperti Universiti al-Azhar. Antara yang terlibat ialah Syeikh Tahir Jalaluddin, Sayyid Sheikh Al-Hadi, dan Syeikh Abu Bakar Al-Asy’ari (Lihat Gerakan Islah Mencetuskan Kesedaran Kebangsaan di Tanah Melayu di bawah)
  4. Gerakan Islah mendorong umat Islam mengkaji fahaman dan amalan masyarakat serta membetulkannya menurut tafsiran al-Quran dan Sunnah.
  5. Mengembalikan keyakinan umat Islam tentang kemuliaan dan kekuatan yang ada dalam mereka untuk mengusir penjajah dari tanah air mereka.